ARAHAN PELANJUTAN ‘WORK FROM HOME’ SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020

dalah dimaklumkan bahawa, YAB Perdana Menteri melalui Perutusan Khas pada 25 Mac 2020 telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020berikutan penularan wabak Covid-19.
Sehubungan itu, selaras dengan arahan tersebut semua staf diingatkan supaya meneruskan tugas dan kekal berada di rumah (work from home) dan bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan kerja yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Staf perlu memastikan diri masing-masing boleh dihubungi oleh Ketua Jabatan pada bila-bila masa dalam waktu bekerjasama ada melalui telefon bimbit, aplikasi Whatsapp/Telegram atau emel. Bagi tugas-tugas kritikal, staf perlu sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain dalam tempoh ini.
Selaras dengan arahan pelanjutan PKP ini juga, semua staf dikehendaki merekod kehadiran dengan menggunakan kaedah imbasan lokasi GPSdari lokasi tempat kediaman masing-masing sehingga 14 April 2020 atau sehingga tamatnya tempoh pelanjutan PKP ini. Kaedah merekod kehadiran adalah sama seperti arahan merekod kehadiran bertarikh 23 Mac 2020 yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan”
Saya yang menjalankan amanah,
HJ MOHD SAAD DIN
PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
26 MAC 2020