PENGAKTIFAN BILIK GERAKAN BENCANA UniMAP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MAKLUMAN PENGAKTIFAN BILIK GERAKAN BENCANA UniMAP

Sebagai makluman kepada semua staf dan pelajar. Susulan dari kejadiran ribut pada 24 Mei 2016,  Bilik Gerakan Bencana UniMAP telah diaktifkan dan beroperasi di Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UniMAP di Taman Pertiwi Indah Seriab. Bilik Gerakan ini berfungsi untuk penyaluran dan pengumpulan maklumat mengenai kerosakan bangunan, harta benda Universiti dan Staf yang menjadi mangsa ribut pada 24 Mei 2016. Jika ada sebarang aduan atau maklumat anda boleh menyalurkan melalui kaedah dibawah:

1. Maklumat Kerosakan Bangunan dan harta benda Universiti

Bagi Penyaluran Maklumat Mengenai kerosakan bangunan dan harta benda Universiti pihak PTj boleh mengisi borang yang boleh dimuatturun dari URL berikut

http://bencana.unimap.edu.my/index.php/2016/05/25/borang-maklumat-kerosakan-bangunan-harta-benda-universiti-akibat-bencana/
Borang ini hendaklah di isi dan dihantar bersama gambar kerosakan ke emel bencana@unimap.edu.my

2. Maklumat Staf yang menjadi mangsa


Staf yang terlibat boleh mengisi borang elektronik yang boleh diakses di url berikut
http://bencana.unimap.edu.my/index.php/2016/05/25/borang-maklumat-staf-yang-menjadi-mangsa/

3. Pertanyaan


Bagi sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi bilik gerakan melalui :

Nombor Telefon     : 04-979 8411 (8pg-5ptg) | emel : bencana@unimap.edu.my | website : http://bencana.unimap.edu.my
Whatsapp              : 014-396 1901
Telegram Channel :  https://telegram.me/infobencanaunimap