APA ITU NOVEL CORONAVIRUS?

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak novel coronavirus yang dilaporkan di Wuhan, China. WHO telah mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan, China ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus baharu (novel coronavirus). Coronavirus baharu (novel coronavirus) adalah mana-mana strain baharu virus tersebut yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia. China juga  telah mengesahkan Novel Coronavirus boleh berjangkit dari manusia ke manusia.

 

Penemuan terbaharu itu menambahkan lagi kerisauan kerajaan China menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menyaksikan jutaan rakyatnya akan bergerak ke setiap wilayah di negara itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Rabu (22 Januari) bagi membincangkan perkembangan terbaru itu dan langkah mengatasinya.

 

 

 

Di Malaysia, KKM telah meningkatkan kawalan keselamatan dan mengaktifkan semua alat pengukur suhu badan manusia di pintu masuk utama antarabangsa. Saringan kesihatan di klinik dan hospital juga dipertingkatkan terutama melibatkan individu yang baru pulang dari negara China.

Segera dapatkan rawatan di hospital/klinik kesihatan berdekatan jika anda mempunyai simptom-simptom berikut.

 

Sumber:

World Health Organization www.who.int/health-topics/coronavirus

Al Jazeera News https://www.aljazeera.com/news/2020/01/coronavirus-symptoms-vaccines-risks

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)