Kaedah Pemindahan/Jangkitan
Cara penularan COVID-19 adalah melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Jangkitan COVID-19 kepada individu lain boleh berlaku apabila individu tersebut berada berhampiran dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau menyentuh objek atau permukaan yang tercemar dengan virus COVID-19, dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya.