1. Home
  2. Docs
  3. Pelan Pengurusan Bencana COVID19 UniMAP
  4. Pengenalan
  5. Pandemik

Pandemik

Wabak COVID-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 oleh WHO. Pengurusan dan persediaan wabak pandemik adalah lebih kritikal di mana organisasi perlu lebih teliti bagi memastikan kawalan dan pendedahan risiko wabak kepada manusia dapat dikurangkan.
Rajah 1 Gelombang Pandemik.

Rajah 1 menunjukkan gelombang pandemik yang boleh hadir dalam 3 hingga ke 9 bulan dimana setiap gelombang akan terjadi dalam tempoh 6 hingga ke 8 minggu. Menurut WHO, pandemik akan melengkapkan kitarannya dalam tempoh 2 tahun. (2rujukan)

Dalam tempoh ini, dijangkakan akan berlaku kenaikan jumlah staf dan pelajar yang tidak hadir untuk bertugas atau menghadiri pengajaran dan pembelajaran. Antara sebab yang mungkin akan menyumbang kepada keadaan ini adalah :

  • Staf dan pelajar yang sakit atau dikuarantin (menjadi suspek, pesakit dan kes PUS).
  • Staf dan pelajar menjaga ahli keluarga yang sakit.
  • Staf dan pelajar lebih gemar untuk kekal berada dirumah atau diarahkan oleh pihak berkuasa untuk self-quarantine.
  • Staf dan pelajar menghindari aktiviti perhimpunan dan penggunaan pengangkutan awam.
Was this article helpful to you? Yes No

How can we help?