1. Home
  2. Docs
  3. Pelan Pengurusan Bencana COVID19 UniMAP
  4. Pengenalan
  5. Prinsip Pengurusan Bencana

Prinsip Pengurusan Bencana

PERSEDIAAN (PREPARATION)

  1. Fasa ini menetapkan tugas dan tanggungjawab.
  2. Persediaan ini mengambil kira penglibatan semua pihak yang terbabit secara keseluruhan dalam tindakan menghadapi bencana.
  3. Universiti perlu menyediakan latihan dan simulasi seperti Table Top Exercise (TTX) diadakan.

TINDAKAN (RESPONSE)

  1. Tindakan yang perlu diambil oleh organisasi untuk menangani bencana.
    Ini akan membolehkan tindakan mitigasi diambil dengan lebih teratur, terancang, jelas dan berkesan.
  2. Fasa ini didefinisikan sebagai tindakan untuk menyelamat nyawa dan menghindar kesan yang lebih serius akibat bencana yang terjadi.

PEMULIHAN (RECOVERY)

  1. Dalam fasa ini, usaha dilaksanakan untuk mengembalikan semula semua pengurusan dan pentadbiran universiti kepada rutin asal. Menyemak dan menambahbaik prosedur bagi memastikan aktiviti yang kritikal terus berjalan.
  2. Dalam fasa ini, juga beberapa gejala yang berpanjangan dikenalpasti. Misalnya, Trauma (Post-traumatic Stress Disorder) dan sebagainya.
  3. Setelah selesai fasa ini, kitaran ini akan kembali semula ke fasa permulaan (Penghindaran).

PENGHINDARAN (PREVENTION)

Dalam fasa ini, langkah-langkah ini diambil bagi mengelakkan kejadian bencana berulang atau sekurang-kurangnya mengambil langkah untuk mengurangkan kesan bencana sekiranya tidak dapat dielakkan. Dalam fasa ini usaha yang perlu dilakukan bagi memastikan semua prosedur ditambahbaik bagi menjadikan ianya lebih baik dari keadaan sebelum bencana.

Was this article helpful to you? Yes No

How can we help?