KENYATAAN MEDIA OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI
KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI PENDIDIKAN TINGGI #KPT
MENGENAI PENANGGUHAN AKTIVITI AKADEMIK & BUKAN AKADEMIK DAN PENUTUPAN IPT EKORAN KEADAAN JEREBU DI SELURUH NEGARA
1. Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil maklum situasi jerebu yang sedang melanda negara yang boleh membawa kesan kepada kesihatan pelajar dan staf di institusi pendidikan tinggi (IPT). KPT juga sedang memantau keadaan menerusi pelbagai mekanisme, terutama parameter IPU, dari semasa ke semasa.
2. Sehubungan dengan itu, semua universiti dan IPT awam atau swasta diminta untuk memantau tahap keseriusan jerebu di lokaliti masing-masing dan boleh membuat keputusan sendiri berkenaan dengan penangguhan aktiviti akademik dan bukan akademik, atau penutupan IPT berkenaan.
3. IPT juga diminta menyediakan SOP / garis panduan dalaman (internal SOP and Guidelines) yang sewajarnya untuk rujukan pelajar dan staf masing-masing.
4. Kesihatan dan keselamatan pelajar dan staf haruslah diberikan keutamaan.
YB Dato’ Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Putrajaya
5 Oktober 2015
info dari Fb Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Fb: https://www.facebook.com/moheofficial