Berita Info Banjir

Memorandum Penangguhan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Berdasarkan pemantauan Universiti Malaysia Perlis sehingga 22 Oktober 2015 jam 7:00 pagi didapati tahap bacaan IPU telah mencapai IPU Sangat Tidak Sihat. Sehubungan dengan itu, semua aktiviti luar berkaitan dengan akademik penyelidikan dan ko-kurikulum adalah ditangguhkan serta-merta. Operasi pentadbiran berjalan seperti biasa.

Penangguhan ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2015 hingga jam 11:59pm. Sebarang perkembangan selanjutnya berkaitan peredaan dan kawalan risiko terhadap bahaya jerebu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semua staf dan pelajar dinasihatkan untuk memakai penutup muka (respirator) sebagai langkah penjagaan keselamatan kesihatan. Bagi staf dan pelajar yang berisiko dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan UniMAP.

Muatturun Memorandum

Related posts

Program Perjumpaan Mingguan Bersama Naib Canselor (via Facebook, Youtube dan Google Meet)

Norismiza Ismail

Info Bacaan Indeks Pencemaran Udara (kangar) Kemaskini (22 Oktober 2015 ) Jam 3.00pm

admin

covid

Norazam Abdul Rashid

Leave a Comment